Pendaftaran Google My Business Oleh Usahawan De Ranee Kitchen
12 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPn.Ranee mengunjungi PEDi Kg Taee untuk mendaftar perniagaan beliau di Google Business. Beliau terus mendaftar menjadi ahli PEDi Kg Taee dan berminat mengikuti aktiviti keusahawanan di PEDi untuk meningkatkan lagi kemahiran usahawan beliau.
Apa itu Google My Business?
Secara umum, Google My Business ini ialah tool untuk kita as Business or Organization hendak manage online presence di Google. Antara manfaat Google My Business ialah:
1. Kelebihan Dalam Online Presence
Ia dapat bantu online presence untuk business kita, sebagai contoh bila orang cari di Google tentang business kita atau produk kita, ia dapat memudahkan orang untuk jumpa maklumat business kita berbanding mereka yang mempunyai business yang sama tapi tidak menggunakan Google My Business.
2. Social Proof
Dalam Google My Business ada features reviews. Disitu, rakan niaga atau pelanggan boleh menulis review dan memberikan rating. Review dan rating tersebut dapat memberikan “Social Proof” untuk business kita. Testimonial untuk business kita juga boleh diletakkan disitu sebagai bukti dan level kepuasan hati yang business anda berikan.
3. Membina Kepercayaan Bakal Customer
Bila sudah nampak availability business kita di internet, sudah nampak maklumat berkaitan seperti alamat, jenis business dan sebagainya dan ada review dan rating serta testimonial daripada pelanggan lagi, ianya dapat menguatkan dan membuktikan yang business kita adalah legit dan beroperasi secara teratur. Ia dapat membantu membina kepercayaan kepada bakal customer terhadap business kita (Ingat, orang yang nak scam guna money laundry pun akan wujudkan Google My Business dan Website).
4. Senang Orang Hendak Jumpa Lokasi
Mudah untuk bakal pelanggan hendak menuju ke lokasi business kita bila sudah ada dalam Google My Business, kita hanya kena masukkan sekali maklumat lokasi. Jadi apabila orang cari dan tahu business anda dimana, senang mereka hendak tuju. Hanya click sahaja melalui Google Map mereka akan terus di guide ke lokasi business kita menggunakan Google Map atau Waze.
Macam mana nak set-up google my business?
Tidak susah pun nak setup, anda boleh register kat sini: https://www.google.com/business/
kemudian click "Manage now" dan follow step by step. Untuk memudahkan orang jumpa business kita di Google kita boleh gunakan Google My Business, selain daripada cara-cara lain. Google My Business ini percuma dan boleh diuruskan menggunakan browser ataupun mobile App sahaja. Nak update gambar waktu bekerja, cuti umum, produk boleh di manage melalui App Google My Business. Harap perkongsian ni dapat bermanfaat dan dapat membantu lebih visibility business anda di internet.
Jika anda berminat untuk menyertai kami, anda boleh menghubungi Pengurus kami di talian di talian 019-4532848 (Miss Ram) untuk keterangan lanjut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: