Usahawan Manfaat Kemudahan Menyertai Basic Mobile Photography PEDi Studio
13 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniUSAHAWAN SERBANEKA PN.TAZIAH DAIMON
Semua usahawan PEDi Kg Taee dijemput membuat temujanji terlebih dahulu sebelum hadir ke PEDi Kg Taee untuk sesi photoshoot produk. Antara produk yang dibolehkan ialah makanan basah atau kering, produk dropship atau produk ejen atau apa-apa sahaja berkaitan perniagaan anda secara percuma.
Baru-baru ini, seorang usahawan PEDi Kg Taee iaitu Pn.Taziah Daimon telah membuat temujanji untuk sesi photoshoot produk beliau di PEDi Kg Taee.
Terdapat produk utama beliau iaitu produk Jamu Homemade dan produk selingan daripada Forever Living turut disertakan sekali untuk dipromosikan. Sesi tersebut juga membantu Pn. Taziah untuk membuat promosi melalui video rakaman pendek dan nantikan kemunculan iklan promosi produk daripada Taziah Daimon Online Shop.
Forever Living merupakan produk yang mengeluarkan dan memasarkan minuman berasaskan Aloe Vera dan kosmetik terbitan lebah, makanan tambahan dan produk penjagaan diri. Produk Forever Living mempunyai pensijilan halal di seluruh dunia dan juga dalam Malaysia. Produk ini juga mendapat kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).
Manakala antara Jamu Homemade yang dipromosikan beliau adalah:
i. Majum
ii. Manjakani
iii. Air Periuk
iv. Air Kunyit
Nak dapatkan Jamu Homemade, Produk Forever Living dan Tupperware, boleh dapatkan melalui 013-8496308. Pos seluruh Malaysia.
Jika anda berminat untuk menyertai kami, sila hubungi Pengurus kami di talian 019-4532848 (Miss Ram) untuk keterangan lanjut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: