Usahawan Digital PEDi Kg Taee Fasa 1/2022
9 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniMANFAATKAN EKONOMI DIGITAL MELAHIRKAN USAHAWAN ALAF BAHARU
Keusahawanan digital merujuk penciptaan sesuatu usaha baharu dan kemudian mentransformasi perniagaan sedia ada dengan membangunkan serta menggunakan teknologi digital terkini.
Peralihan ekonomi sedia ada kepada ekonomi digital mempercepatkan pertumbuhan ekonomi tempatan dan nasional, dengan tenaga penggerak kebanyakannya usahawan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Bagi merealisasikan tujuan ini, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Taee, Sarawak membantu dari segi pembangunan platform perniagaan digital menerusi Program Keusahawanan Digital untuk menerapkan penggunaan teknologi digital dalam operasi dan saluran perdagangan mereka.
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Taee, Sarawak mengambil langkah untuk mendekati usahawan ini dan membantu mereka memasarkan perniagaan dengan kemahiran digital sekaligus memberi ruang untuk usahawan meneroka lebih jauh. Menariknya, semua ini dilakukan secara PERCUMA.
Berikut merupakan usahawan aktif dan sedang dalam proses pendigitalan. Antara usaha yang sedang dilakukan ialah:
1. Pembangunan Facebook Page dan Media Sosial.
2. Pembikinan Video Usahawan
3. Pembangunan Iklan Digital serta Pemasaran Dalam Talian
4. Inovasi dan Komersilan Produk
5. Gabungan Kerjasama Agensi dan Media Elektronik/Cetak
6. Penyertaan Dalam Bidang Acara/Pertandingan/Geran
7. Demonstrasi dan pelancaran produk secara LIVE di Facebook Page PEDi Kg Taee.
Sekiranya tuan-puan berminat untuk menyertai kami, sila hubungi Pengurus kami di talian 019-4532848 (Miss Ram) untuk keterangan lanjut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: