Siaran Langsung Cara Membuat Kuiz Menggunakan Google Form
12 April 2022 | Aktiviti TerkiniGoogle Form merupakan intan pertama yang tersembunyi. Hal ini demikian kerana ia boleh digunakan untuk semua benda. Musim wabak ni menyebabkan ramai antara kita terpaksa membuat kelas di atas talian terutamanya tenaga pengajar. PEDi Kg Taee telah membuat siaran langsung untuk mengajar cara membuat kuiz menggunakan Google Form.
Salah satu option tenaga pengajar untuk buat kuiz yang mudah akses, user friendly, cepat dan percuma adalah melalui Google Form. Selain boleh diakses menggunakan komputer,komputer riba mahupun tablet pintar, Google Form juga boleh diakses menggunkan handfone. Semuanya mudah hanya di hujung jari sahaja.
Google Form adalah sebuah aplikasi yang sangat berguna untuk cikgu. Google form boleh digunakan sebagai kuiz untuk soalan yang pelbagai seperti:
- Jawapan pendek
- Pelbagai pilihan (soalan objektif)
- Kotak semakan (check boxes)
- Senarai menu ke bawah (dropdown)
- Pelbagai grid pilihan (Multiple choice grid)
PEDi Kg Taee juga menerangkan cara untuk membuka Google Form. Berikut merupakan 3 cara untuk membuka Google Form:
1) Google Applications (bahagian atas kanan) > Google Forms.
2) Layari forms.google.com .
3) Google Drive > Folder Classroom anda > New > More > Google Forms.
Beberapa kelebihan menggunakan Google Form untuk menguji kefahaman murid adalah:
- Paperless
- Murid boleh belajar serta menyemak jawapan sendiri.
- Guru boleh menyediakan feedback untuk setiap soalan.
- Berkongsi soalan dengan sekolah/murid dari sekolah lain.
PEDi Kg Taee berharap dengan pendedahan melalui atas talian seperti ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu yang hanya dihujung jari. Kita haruslaj manfaatkan semua kemudahan yang telah dicipta untuk memudahkan kerja-kerja mengajar di atas talian. Jika ada sebarang persoalan atau ingin belajar secara bersemuka bolehlah ke PEDi Kg Taee. Kami bersedia untuk membantu anda diluar sana.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: