Advokasi Bersama PEDi Kg Taee Siri 4/22-Check Your Label (CYL)
8 April 2022 | Aktiviti TerkiniAlah membeli menang memakai. Satu peribahasa yang sangat sesuai untuk tajuk yang dikupas. Check Your Label (CYL) merupakan tajuk utama yang diketengahkan untuk diwar-warkan kepada orang ramai. PEDi Kg Taee menggunakan platform Facebook Page untuk membuat siaran langsung bersama orang ramai.
Check Your Label (CYL) adalah kempen untuk mewujudkan kesedaran dikalangan pengguna tentang pentingnya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai Label MCMC yang sah. Kempen ini juga bertujuan mendidik pengguna mengenai kaedah untuk menyemak kesahihan Label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan.
Selain mengetengahkan kepentingan CYL, PEDi Kg Taee juga berkongsi beberapa perkara lain seperti:
a. Label MCMC
- Label MCMC adalah tanda pemerakuan wajib bagi menunjukkan bahawa peralatan komunikasi telah diperakukan mematuhi standard mengikut Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.
- Label baru telah berkuatkuasa pada 1 Jun 2015.
- Terdapat dalam bentuk elektronik atau fizikal.
- Label Elektronik (e-label) yang disimpan dalam sistem pengendalian peranti / firmware.
- Label Fizikal iaitu tanda permerakuan yang dicetak pada pelekat yang dilekatkan pada peralatan atau tanda pemerakuan tersebut ditimbul, diukir atau dicetak pada permukaan peralatan.
- Tidak pemerakuan wajib
- Tidak selamat
- Terlarang
- Kejutan elektrik
- Menjejaskan kualiti perkhidmatan yang diterima daripada penyedia perkhidmatan komunikasi
- Gangguan frekuensi kepada rangkaian perkhidmatan komunikasi
- Peralatan komunkasi yang dibeli mungkin palsu/klon atau terlarang.
e. Jenis peralatan yang mempunyai label MCMC
- Komputer
- Faksimili
- Telefon bimbit
- Tv Satelit
- Tv Pintar
- Tablet
- Walkie Talkie
- Peralatan tanpa wayar
- Router tanpa wayar
- Guna aplikasi Check Your Label melalai handfon Appstore untuk Iphone atau Google Play untuk adroid
- Layari laman web https://ecomm.sirim.my/Login_External.aspx
1. Cari label MCMC
2. Dapatkan no IMEI atau cari no siri peralatan
3. Taip IMEI atau nombor siri di laman sesawang ecomm.sirim.my atau aplikasi CYL mobile untuk semakan
4. Pastikan peralatan telah diluluskan
PEDi Kg Taee berharap perkongsian kali ini memberi kesedaran kepada orang ramai agar sentiasa menyemak sijil perakuan sebelum membeli bagi mengelakkan kerugian mahupun penipuan berlaku. Selain itu, PEDi Kg Taee berharap agar kempen ini berjaya memberi sedikit sebanyak info yang berguna kepada mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: