Kunjungan BSN Satok ke PEDi Kg Taee-Skim Mikro Kredit Semarakniaga
11 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada Rabu lepas, PEDi Kg Taee bebesar hati menerima kunjungan daripada BSN Cawangan Satok Kuching. Kunjungan tersebut telah dihadiri oleh dua orang staff BSN. Kunjungan tersebut juga dibuat untuk beberapa PEDi lain di kawasan Serian.
Objektif utama kunjungan tersebut adalah fokus kepada usahawan-usahawan yang dilahirkan di semua PEDi. Kunjungan yang singkat tersebut dapat memberi sedikit info mengenai ‘Skim Mikro Kredit SemarakNiaga’. Skim tersebut memang focus untuk semua usahawan yang memerlukan, malah skim tersebut juga layak dimohon oleh pemohon yang bekerja dalam bidang professional.
BSN Micro/i Semarak ialah satu kemudahan pembiayaan / pinjaman mikro di bawah inisiatif Program Semarak Niaga (SemarakNiaga) yang ditawarkan kepada usahawan mikro untuk membantu dan menyokong perniagaan.
Tujuan pembiayaan haruslah bertujuan untuk modal kerja dan pembelian aset. Amaun pinjaman beranggaran 20k sehingga 50k mengikut jenis perniaagan yang dijalankan. Tempoh pembiayaan sehingga 5 tahun termasuk 6 bulan pertama moratorium ke atas pembayaran ansuran bulanan.
BSN juga menawarkan kadar keuntungan atau faedah sebanyak 4% setahun dan tiada cas keuntungan atau faedah dikenakan semasa tempoh 6 bualn moratorium. Kepada usahawan yang berminat dengan tawaran tersebut bolehla mengunjungi laman sesawang BSN dan boleh menghubungi Credit Supervisory Team untuk keterangan lebih lanjut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: