Hak dan Tanggungjawab Warga Digital
17 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniSetiap warga digital mempunyai hak dan tanggungjawab sebagai pengguna internet. Perkongsian advokasi kali ini adalah mengenai Hak dan Tanggungjawab Warga Digital yang diadakan pada 16 Julai 2021 dan disiarkan secara langsung melalui Facebook Page PIK Kg Taee. Tujuan advokasi ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang MCMC iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia kepada orang ramai. Selain itu, memberi kesedaran mengenai bahaya kesan jenayah siber kepada warga digital. Perkongsian ini juga mendedahkan hak dan tanggungjawab yang setiap warga digital perlu tahu dan lakukan sekiranya menjadi salah seorang mangsa jenayah siber. Kelebihan dan kebaikan perkongsian kali ini adalah orang ramai akan mengetahui bahaya jenayah siber dan boleh membantu mangsa jenayah siber untuk melakukan tindakan yang sepatutnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: