Pelancaran Produk Usahawan Bakeri (Pn. Prisca Bt Agin)
14 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniSalah seorang Usahawan PEDi Kg Taee yang mengusahakan pembuatan kuih iaitu Puan Prisca binti Agin telah melancarkan produk usahawan bakeri terbaru beliau. Produk yang dilancarkan adalah Tepung Campuran Segera yang dihasilkan sendiri oleh beliau adalah Tepung Campuran Segera Roti, Kompia dan Pau Kukus. Produk tersebut turut dipasarkan di platform e-dagang iaitu Shoppe.
Pelancaran untuk produk tersebut dibimbing sepenuhnya oleh Pengurus PEDi Kg Taee dan disiarkan secara langsung di Facebook Page PEDi Kg Taee. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu usahawan meluaskan perniagaan mereka melalui dalam talian dan menggunakan platform e-dagang iaitu Shoppe. Selain itu, membantu usahawan mempromosikan perniagaan mereka secara langsung untuk paparan umum. Seterusnya juga mendedahkan usahawan kelebihan berniaga melalui dalam talian yang boleh meningkatkan perniagaan mereka. Kelebihan dan kebaikan program seperti ini adalah usahawan boleh meningkatkan peluang promosi perniagaan mereka meluas secara dalam talian. Selain itu, usahawan di PEDi Kg Taee juga akan dibantu langkah demi langkah untuk memasarkan produk usahawan komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: