Latihan Intensif Animasi Dalam Microsoft Powerpoint
3 November 2021 | Aktiviti TerkiniAnimasi adalah kesan visual untuk objek-objek di dalam tayangan slaid PowerPoint digunakan untuk menghadirkan objek seperti teks, gambar, atau diagram sebagai aktif atau non-aktif di slaid. Microsoft menyebutnya dengan entrances dan exits. Entrances adalah animasi yang medatangkan sesuatu ke slide, sementara exits akan memindahkan sebuah objek keluar dari slide. Berikut merupakan aktiviti Pembelajaran Animasi Dalam Microsoft Powerpoint di Pusat Internet Komuniti Kampung Taee yang dibimbing oleh Pengurus secara perseorangan bersama pelajar.
Tujuan latihan ini diadakan adalah atas untuk membantu pelajar yang ingin memahami dengan lebih lanjut pembelajaran animasi menggunakan Microsoft Powerpoint ini. Selain itu, latihan ini mengajar pelajar unutk meyelesaikan pembuatan produksi persembahan, kedudukan objek dan isinya. Kelebihan dan kebaikan khidmat pembelajaran ini adalah pelajar mudah memahami dengan lebih lanjut apabila mengikut latihan secara bersemuka. Untuk mendapat khidmat pembelajaran secara percuma, pengunjung hanya perlu menjadi ahli di PIK Kg Taee dan pelbagai manfaat pembelajaran yang boleh diperolehi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: