Manfaat Pembelajaran Di PIK (PDPR)
17 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniSeorang pelajar Tingkatan 4 dari SMK Taee yang juga ahli PIK Kg Taee membuat tugasan dan aktiviti sekolah menggunakan Microsoft PowerPoint. Tugasan yang disiapkan adalah pembentangan mengenai Cara Menangani Pemanasan Global dan Perubahan Iklim Demi Kelestarian Hidup. Topik tersebut adalah matapelajaran Sains Tingkatan 4.
PIK Kg Taee menyediakan pelbagai kemudahan yang berkenaan dengan penggunaan Komputer dan Internet. Pelajar boleh menggunakan kemudahan tersebut untuk menyiapkan aktiviti sekolah mereka dengan lebih menarik dan interaktif. Staff membantu pelajar untuk menggenali asas perkomputeran dan membantu menyediakan konten untuk aktiviti mereka. Pelajar boleh memanfaatkan kemudahan yang disediakan di PIK Kg Taee untuk tujuan pembelajaran mereka. Terutama lagi dimusim Pandemik Covid 19 ini Kementerian Pendidikan telah menetapkan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah. Selain itu, kandungan aktiviti pelajar akan lebih menarik dan kreatif menggunakan perisian komputer seperti Microsft Word dan Microsoft powerPoint.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: