Kelas Basic Microsoft Word (Membuat Kad)
19 November 2021 | Aktiviti TerkiniKelas kali ini mengajar pelajar untuk membuat kad menggunakan Microsoft Word. Sebelum itu kuiz bersama pelajar untuk mengimbas kembali pembelajaran minggu lepas. Pelajar didedahkan dengan beberapa template percuma yang terdapat dalam Microsoft Word untuk membuat Kad. Kad ini adalah sempena dengan perayaan Christmas pada bulan depan. Kelas ini dihadiri seramai 5 orang pelajar dari tahun 4 sehingga tahun 6. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar mengetahui kepelbagaian Microsoft Word yang ada seperti membuat kad. Pelajar didedahkan dengan template membuat kad. Selain itu, pelajar boleh mengeluarkan kreativiti mereka dengan idea – idea yang ada. Kelebihan dan kebaikan kelas kali ini adalah pelajar boleh mengimbas semula asas komputer termasuk perisian komputer seperti Microsoft Word. Kelas ini juga percuma untuk kesemua ahli yang telah berdaftar di PIK Kg Taee. Bagi yang berminat untuk mempelajari Basic Microsoft Word boleh menghubungi kami di Messenger Facebook Page PIK Kg Taee.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: