Tutorial Cara Membuat Risalah/Flyers Menggunakan Microsoft Word
21 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniRisalah/flyers adalah suatu alat pemasaran yang biasanya dicetak dalam bentuk kertas, dengan ukuran yang biasanya tidak terlalu besar, dan maksimal menggunakan ukuran kertas A4 berbahan HVS, art paper, ataupun art carton. Strategi pemasaran menggunakan flyer adalah salah satu yang tertua, terutama setelah adanya mesin cetak, yang telah dipakai sejak abad ke 18 di seluruh dunia dan menjadi alat pemasaran yang utama. Oleh itu, tutorial kali ini mengajar cara membuat risalah/flyers menggunakan Microsoft Words secara langsung melalu Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kampung Taee.
Tujuan tutorial ini diadakan adalah untuk mengajar penonton cara yang mudah dan senang menggunakan Microsoft Word untuk membuat risalah/flyers. Tutorial kali ini membantu penonton untuk mengetahui fungsi risalah/flyers, perbezaan risalah/flyers dan brosur, kegunaan risalah/flyers sebagai alat promosi, tips merangka desain risalah/flyers dan faktor yang mempengaruhi kos pencetakan risalah/flyers. Kelebihan dan kebaikan tutorial kali ini adalah ianya jimat, mudah dan senang kerana hanya memperlukan aplikasi Microsoft Words sahaja. Terutama buat yang mula berkecimpung dalam perniagaan dan memikirkan kos untuk promosi boleh menggunakan kaedah ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: