Pengagihan Sijil Penyertaan Family On Alert AADK
11 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniSetinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bahagian Serian di atas kejayaan melaksanakan Program Family on Alert di Pusat Internet terpilih di bahagian Serian. Pelaksanaan Program Family on Alert bersama AADK Serian 8 April 2021 yang lalu telah mendedahkan peserta tentang kesan penyalahgunaan dadah yang menjadi perosak kepada pembangunan modal insan dan negara.
Selain dapat mengetahui fungsi AADK dalam membantu membanteras penyalahgunaan dadah, ia dapat menyuntik kesedaran tentang bahaya dan risiko serta rawatan yang dapat dilaksanakan sekiranya ada antara ahli keluarga ataupun komuniti yang terlibat dengan najis dadah. Fakta berkenaan AADK adalah seperti berikut: - (Rujukan https://www.adk.gov.my/maklumat-korporat/pengenalan/)
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri yang menjadi agensi peneraju membanteras penyalahgunaan dadah dan substan di Malaysia yang meliputi:
- Pendidikan Pencegahan,
- Penguatkuasaan Dan Keselamatan
- Rawatan, Perubatan Dan Pemulihan
- Hubungan Antarabangsa
Punca kuasa AADK bagi memainkan peranan ini adalah seperti berikut:
- Akta AADK 2004 (Akta 638)
- Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983 (Akta 283)
- Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234)
- Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (Akta 316)
- Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakkan Harta) 1988 (Akta 340)
PIK Kg Taee sentiasa komited dalam menjayakan kerjasama dan membantu mana-mana agensi kerajaan yang memerlukan pelaksanaan dalam talian yang melibatkan komuniti sekaligus mendedahkan mereka dengan isu-isu sejagat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: