Program Perlaksanaan Program Family On Alert Bersama AADK Serian
9 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada khamis yang lalu telah dilaksanakan Program Family on Alert di PIK Kg Taee bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bahagian Serian. Seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada wakil JKKK Kampung Taee mengikuti program tersebut selama 2 jam. Pelbagai info penting dan menarik dikongsikan oleh pihak AADK. Perkongsian bermanfaat tersebut dilaksanakan melalui dalam talian (Teams Microsoft) dan PIK Kg Taee menyediakan perkhidmatan yang diperlukan untuk peserta.
Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk memberi kesedaran mengenai Penyalahgunaan Dadah dan Kesan Penyalahgunaan Dadah untuk individu, masyarakat dan negara. Pelbagai jenis dadah yang dikongsikan melalui program ini. Selain itu, perkongsian mengenai masalah stress turut dikongsikan oleh pihak AADK yang menyebabkan salah satu punca seseorang individu terdedah dengan penyalahgunaan Dadah.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih buat AADK kerana memilih PIK Kg Taee untuk menyebarkan kesedaran mengenai Dadah dan juga terima kasih untuk para peserta yang menyertai program tersebut. Semoga perkongsian maklumat program tersebut bermanfaat dan dapat melindungi diri kita, saudara mara dan sahabat handai dari terpengaruh dengan bahayanya dadah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: