Membuat Facebook Page Untuk Berniaga Dalam Talian
22 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniSeorang ahli PIK Kg Taee telah datang untuk membuat Facebook Page untuk tujuan promosi iklan perniagaan beliau. Sebelum ini beliau sering memuatnaik dan memasarkan produk beliau di dalam Group Market Facebook. Namun, setiap kali selepas memasarkan produk beliau, akaun beliau akan disekat dan beliau tidak dapat untuk mempromosikan lagi produk beliau. Oleh itu, kami mencadangkan kepada beliau untuk membuat Facebook Page supaya beliau senang mempromosikan produk beliau. Facebook Page mempunyai pelbagai kelebihan dan manfaat terutama sekali buat peniaga dimana mereka senang untuk mempromosikan barangan mereka tanpa had. Oleh itu, kami membantu untuk membuat Facebook Page khas untuk beliau berniaga. Kelebihan dan kebaikan menggunakan Facebook Page untuk berniaga adalah pelbagai perkongsian yang boleh dilakukan menggunakan Facebook Page tersebut dimana pengguna boleh terus memasarkan produk/barangan mereka secara terperinci.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: