Pertandingan Penulisan Esei Bahasa Inggeris E-Kelas
8 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniPelajar Tahun 6 telah datang ke PIK Kg Taee pada Jumaat yang lalu untuk menghantar pertandingan penulisan esei e-Kelas. Esei tersebut perlu dihantar dalam Word jadi pelajar perlu menaip esei yang disiapkan. Seramai 5 orang pelajar yang hadir pada hari tersebut. Tujuan e-Kelas Penulisan Esei ini adalah untuk para pelajar e-Kelas mengikuti pertandingan yang dianjurkan oleh e-Kelas untuk mendapat markah PAJSK. Selain itu mengasah pemahaman dan penulisan pelajar untuk membantu mereka meningkatkan penggunaan Bahasa Inggeris. Pelajar yang mendapat markah tertinggi akan mendapat hadiah daripada pihak Maxis. Kelebihan dan kebaikan pertandingan ini adalah pelajar mendapat manfaat untuk memperbaiki pemahaman dan penulisan Bahasa Inggeris mereka. Selain itu pelajar berpeluang untuk memenangi hadiah pertandingan tersebut
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: