Tutorial Membuat Blog
10 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniPIK Kg Taee telah mengadakan Tutorial Membuat Blog pada selasa yang lalu. Tutorial kali ini diadakan secara langsung melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kampung Taee. Tujuan tutorial ini adalah untuk mengajar pengguna langkah – langkah untuk membuat akaun blog. Blog selalunya digunakan untuk penulis – penulis membuat artikel atau penulisan yang akan disiarkan.
Selain itu, tujuan tutorial ini untuk membantu pengguna mengetahui cara untuk membuat blog secara interaktif. Pengguna juga boleh membuat perniagaan dengan menyiarkan perniagaan ke dalam websites selepas mengetahui cara untuk membuat blog. Kelebihan dan kebaikan tutorial ini adalah pengguna boleh mendapat ilmu baru iaitu membuat blog khusus untuk pengguna yang meminati bidang penulisan. Selain itu, blog juga boeh dijadikan punca rezeki dimana pengguna boleh membuat duit dengan menulis blog.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: