Bual Bicara Bersama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Sarawak
19 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniBual Bicara kali ini berkolaborasi bersama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Sarawak yang bersiaran langsung di Facebook Page Pusat Internet Kampung Taee. AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM) juga dikenali sebagai projek Ikhtiar yang berperanan untuk mengurangkan kemiskinan luar bandar dengan menyerahkan hak kredit mikro kepada golongan miskin bagi membiayai apa sahaja usaha untuk meningkatkan pendapatan. Tetamu jemputan untuk Bual Bicara kali ini iaitu Pengurus AIM Cawangan Betong En. Hasdiman Mahrin.
Tujuan Bual Bicara bersama AIM kali ini adalah untuk mendedahkan peranan AIM untuk membantu penduduk luar bandar khususnya suri rumah tangga. Selain itu, mendedahkan fungsi mereka dalam membantu penduduk kampung untuk mula berniaga. AIM membantu untuk meningkatkan pendapatan dengan mengajar cara berniaga yang betul. Kebaikan dan kelebihan Bual Bicara bersama AIM ini adalah supaya orang awam lebih memahami konsep AIM yang membantu penduduk kampong untuk berniaga dan seterusnya menjadi usahawan. Pelbagai ilmu perniagaan turut dikongsi bersama penduduk kampung yang berkecimpung dalam perniagaan agar mereka bijak menguruskan kewangan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: