Bual Bicara Program Literasi Digital Bersama Pustaka
16 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniBerikut merupakan kolaborasi bual bicara bersama PUSTAKA yang membincangkan tajuk mengenai literasi. Sempena dengan Bulan Literasi pada Oktober ini, pelbagai perkara yang telah dikongsikan oleh wakil Pustakawan dari PUSTAKA iaitu Cik Nurfatini Apandi bersama PIK Kg Taee. Bual Bicara bersiaran langsung dari Page Facebook Pusat Internet Komuniti Kampung Taee selama satu jam.
Tujuan program literasi ini diadakan adalah untuk mengetahui fungsi Pustaka dan perkhidmatana yang disediakan dalam tempoh Pandemik Covid-19 ini. Selain itu mendedahkan kepada komuniti kepentingan pengetahuan literasi digital. Seterusnya pula mendedahkan kepada komuniti perkhidmatan yang dilakukan di Pustaka yang boleh dilakukan secara dalam talian di PIK Kg Taee. Kelebihan dan kebaikan dari bual bicara ini adalah pelbagai manfaat yang diperolehi mengenai literasi digital. Selain itu, mengetahui cara untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh PUSTAKA secara dalam talian. Khas untuk pembaca buku – buku dan sukar untuk berkunjung ke PUSTAKA dalam tempoh Pandemik Covid-19 membantu untuk menggunakan perkhidmatan PUSTAKA.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: