Tutorial Cara Membuang Latar Belakang Gambar
19 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniTelah diadakan tutorial secara langsung melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kampung Taee pada 18 Ogos yang lalu. Tutorial tersebut mengajar penonton cara yang mudah untuk membuang latar belakang gambar. Tutorial mudah ini boleh digunakan oleh semua orang terutama yang bekeperluan untuk membuat promosi sendiri. Tutorial ini diadakan selama lebih 50 minit.
Tujuan tutorial ini diadakan adalah untuk mengajar para penonton cara yang mudah dan cepat membuang latar belakang menggunakan Microsoft Powerpoint dan juga laman web yang percuma. Selain itu, mengajar penonton menyunting gambar yang diperlukan untuk tujuan promosi produk perniagaan mereka. Tutorial yang diadakan secara langsung ini melibatkan komunikasi secara maya dimana penonton boleh mengusulkan soalan di ruangan komen.
Kelebihan dan kebaikan yang diperolehi melalui tutorial secara langsung kali ini adalah penonton terutama usahawan menggunakan teknik seperti ini untuk membuat iklan atau poster mereka sendiri. Selain itu, penonton terutama usahawan mengetahui cara yang paling mudah untuk menyunting gambar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: