Tutorial Membuat Kuiz Bergambar (KAHOOT)
30 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniBagi memastikan proses pembelajaran berlangsung dengan lebih kondusif dan sesuai dengan keperluan pembelajaran abad ke-21, sedikit perubahan pedagogi pengajaran perlu dilakukan. Pendidik terutamanya guru-guru perlu berusaha mengejar zaman teknologi yang penuh dengan cabaran. Tutorial secara langsung telah diadakan melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kg Taee dan diikuti seramai 10 orang peserta dalam talian.
Tujuan tutorial ini diadakan adalah untuk mendedahkan penggunaan aplikasi Kahoot yang merupakan satu pembelajaran interaktif yang menekankan pedagogi dengan melibatkan hubungan antara pemikiran aktif pelajar dengan kandungan pelajaran yang menekan perhatian, pengekalan dan tujuan pelajar belajar. Selain itu, Kahoot juga adalah salah satu platform yang dapat digunakan sebagai media pembelajaran interaktif soalan kuiz online yang dibina sendiri oleh pengajar.
Kelebihan dan kebaikan tutorial ini adalah dengan penggunaan Kahoot menjadikan kelas menarik apabila pelajar menjawab kuiz secara online dan paparan markah terus terpapar di skrin hadapan kelas. Kelas dalam talian yang interaktif ini juga boleh menarik minat pelajar untuk fokus di hadapan skrin.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: