Perlaksanaan Digital Competency Score Sk St. Plaman Nyabet 2021
1 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniSelesai pelaksanaan Ujian DCS. Tahniah untuk pelajar yang mendapat tahap "digital advance". Seramai 6 orang pelajar Tahun 6 SK Saint Plaman Nyabet dan 2 orang guru telah berkunjung ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Taee untuk menyempurnakan pelaksanaan DCS (Digital Competency Score). Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020).
Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards - DCS), yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika.Instrumen penilaian DCS dalam bentuk gamifikasi (gamification) telah ditambah baik berdasarkan hasil kajian rintis tersebut.
Turut diperkenalkan juga ialah program pembelajaran digital atau e-Kelas Maxis yang memfokuskan pembelajaran dalam talian kepada adik-adik pelajar. Selain itu, turut didedahkan juga Tips Untuk Kekal Selamat Dalam Talian yang terdapat di dalam Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Fungsi PEDi juga membantu agensi atau institusi pendidikan berdekatan untuk mendapatkan jaringan internet sekaligus memperkenalkan perkhidmatan yang kami tawarkan.
Perkhidmatan PEDi diperlukan kerana tiada capaian Internet di sekolah dan pelajar tinggal di kawasan pedalaman. Sepanjang aktiviti tersebut, pengamalan SOP tetap diteruskan dengan baik dan praktikal. Pihak PEDi membantu menyediakan rangkaian Internet berkomputer bagi melancarkan aktiviti Peperiksaan Sekolah tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: