Advokasi Asas Keselamatan Internet
18 April 2021 | Aktiviti TerkiniAdvokasi kali ini membincangkan mengenai Asas Keselamatan Internet yang disiarkan secara langsung melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kampung Taee oleh Pengurus PIK Kg Taee iaitu Cik Ramlah. Siaran kali ini diikuti oleh seramai 10 orang.
Tujuan advokasi ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada pengguna mengenai keselamatan internet. Selain itu, mendidik, mendedah dan menyiapsiagakan kepada pengguna tentang risiko atau bahaya – bahaya di internet. Turut didedahkan juga kepada pengguna adalah undang – undang yang melindungi pengguna ketika berada di dalam talian. Ketahui juga peranan Suruhanjaya Komunkasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) merangkumi pelbagai sektor antaranya adalah penyiaran, telekomunikasi, rangkaian, pos dan tanda tangan digital dari pelbagai aspek.
Kelebihan dan kebaikan yang diperolehi melalui perbincangan topik advokasi kali ini adalah pengguna lebih bijak mengetahui penggunaan internet yang boleh merisikokan pengguna sekiranya disalahgunakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: