Pendaftaran MySejahtera Check-In Di PIK Kg Taee
19 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Kg Taee membantu mendaftarkan sebuah premis perniagaan kedai runcit dan kediaman komuniti di Kampung Taee. Pendaftaran MySejahtera Check-In ini amatlah diperlukan bagi membantu usaha kerajaan dalam mengekang penularan wabak COVID-19 dalam kalangan komuniti.
Pada musim perayaan misalnya, ia amatlah membantu dari segi ketepatan lokasi keberadaan pesakit atau individu yang bergejala. Menjelang hari Raya dan Gawai yang yang akan datang, orang ramai dinasihatkan untuk mendaftar MySejahtera Check-In untuk digunakan semasa sambutan perayaan nanti.
MySejahtera Check-In adalah satu fungsi tambahan dalam aplikasi MySejahtera di mana ia memberi kebenaran kepada semua jenis premis untuk mengikuti SOP Pembukaan Semula Ekonomi yang digariskan oleh Kerajaan Malaysia dalam keadaan wabak COVID-19 di Malaysia. Pendaftaran MySejahtera Check-In adalah untuk perniagaan, premis, pengangkutan awam dan lain-lain, bagi mendapat dan memaparkan Kod QR MySejahtera. Pengguna MySejahtera pula boleh menggunakan Pengimbas Kod QR MySejahtera yang terkandung dalam aplikasi tersebut untuk mengimbas Kod QR yang dipaparkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: