Semakan Penyata KWSP Menggunakan I-Akaun KWSP Di PIK Kg Taee
12 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniSeorang ahli Pusat Internet Komuniti (PIK) Kg Taee menggunakan khidmat kami untuk menyemak penyata i-akaun KWSP milik beliau. Sebelumnya, beliau telah terlupa ID dan kata laluan untuk log masuk ke dalam sistem dalam talian KWSP. Oleh itu, kami membantu beliau untuk mendapatkan kembali ID dan kata laluan beliau. Dalam sesuatu sistem komputer, ID dan kata laluan amatlah penting bagi mengenalpasti kewujudan akaun yang dicipta bagi memudahkan carian di dalam laman web tertentu. Ia bersifat 'unik' atau istimewa, yang membolehkan carian lebih pantas dan efisyen. Jadi, kenalah sentiasa mengingati apa-apa sahaja ID dan kata laluan yang telah didaftarkan.
KWSP telah memudahkan akses simpanan KWSP anda melalui i-Akaun (Ahli), di mana anda boleh memantau transaksi caruman serta memohon e-Pengeluaran dengan lebih mudah.
- Langkah 1 - Dapatkan ID & Kata Laluan sementara anda di pejabat/kios KWSP berdekatan
- Langkah 2 - Layari www.kwsp.gov.my , pergi kepada ikon 'Log Masuk’ dan gunakan ID & Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun.
*Pengaktifan perlu dilakukan dalam masa 30 hari anda menerima SMS - Langkah 3 - Selepas anda setuju, anda perlu pilih ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda.
*Jika ID Pengguna tidak terpilih, ID sementara akan digunakan - Langkah 4 - Apabila pengaktifkan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda
- Langkah 5 - Log masuk dengan maklumat akaun baru anda dan kini anda bertanggungjawab terhadap simpanan KWSP anda
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: