Tutorial Live Cara Pasang Aplikasi Whatsapp Business
24 September 2021 | Aktiviti TerkiniAplikasi Whatsapp Business sangat berguna dan sesuai untuk digunakan oleh peniaga dan pengusaha perusahaan kecil dan sederhana. Ianya kerana kemudahan aplikasi tersebut boleh membantu para peniaga untuk mengendalikan pesanan pelanggan. Tutorial kali ini diadakan secara langsung di FB Page PIK Kg Taee.
Tujuan siaran kali ini adalah untuk memperkenalkan aplikasi Whatsapp Business kepada orang awam terutama para peniaga. Seterusnya mendedahkan penggunaaan aplikasi ini dan kelebihan yang ada sekiranya digunakan. Selain itu, mengajar cara untuk memuat turun, membuat profil bisnes dan mengisi segala butiran produk, servis dan perkhidmatan ke dalam aplikasi tersebut.
Kelebihan dan kebaikan tutorial kali ini ianya boleh membantu para peniaga untuk menggunakan aplikasi yang lebih sistematik dan secara percuma. Selain itu dengan sistem pesanan dari pelanggan secara automatik ini boleh membantu peniaga untuk bekerja dengan lebih teratur, menjimat masa dan memudahkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: