Tutorial Membuat Iklan Digital
24 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniMembuat Iklan Digital adalah salah satu cara atau teknik dalam pemasaran. Pada zaman sekarang ini, banyak jenis marketing yang dilakukan untuk memberitahu dan menonjolkan sesuatu perniagaan. Cara untuk membuat Iklan Digital ini amat mudah iaitu dengan menggunakan Microsoft PowerPoint sahaja. Tutorial kali ini disiarkan secara langsung melalui pautan Page Facebook Pusat Internet Komuniti Kampung Taee.
Tujuan Tutorial ini diadakan adalah untuk membantu usahawan yang baru berkecimpung dalam dunia perniagaan untuk membuat pemasaran produk yang kreatif dan jimat. Selain itu, iklan digital yang interaktif boleh membantu menaikkan jualan produk peniaga secara meluas terutama dalam media sosial. Promosi melalui iklan digital juga lebih efektif dan dan menguntungkan berbanding media promosi offline.
Kelebihan dan kebaikan Iklan Digital adalah ianya boleh direka mengikut kreativiti disamping mengurangkan kos upah disebabkan penggunaan yang hanya menggunakan Microsoft PowerPoint. Selain itu, Iklan Digital ini boleh disiarkan dimerata medium media sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: