Kenali Portal e-Kelas Maxis
22 September 2021 | Aktiviti TerkiniTelah diadakan siaran langsung mengenai e-Kelas Maxis yang dikendalikan oleh Pengurus Pusat Internet Komuniti Kampung Taee iaitu Cik Ramlah melalui pautan FB Page PIK Kg Taee. Pengenalan ini adalah untuk memperkenalkan e-Kelas Maxis kepada orang awam terutama ibu bapa dan para pelajar. e-Kelas adalah sebuah program komuniti perdana Maxis yang membawakan pembelajaran digital untuk semua pelajar Malaysia. Inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah ini menawarkan cara belajar yang menyeronokkan melalui penyediaan akses percuma kepada kandungan pendidikan berkualiti dan aktiviti menarik, selaras dengan Sukatan Pelajaran Malaysia. Program ini memfokuskan kepada tiga subjek utama iaitu Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris untuk pelajar Tahun 6 hingga Tingkatan 5 seluruh negara.
Tujuan pengenalan mengenai e-Kelas ini diadakan adalah untuk mengajar orang awam cara untuk mendaftar sebagai ahli e-Kelas terutamanya para pelajar. Selain itu, pelbagai manfaat yang diperolehi sekiranya mengikuti e-Kelas ini kerana ianya adalah pembelajaran digital yang percuma. Tujuan yang lain juga adalah untuk mempromosikan e-Kelas ini kepada komuniti.
Kelebihan dan kebaikan mendaftar sebagai pelajar e-Kelas adalah peluang belajar untuk kesemua pelajar kerana ianya adalah percuma. E-Kelas juga sangat interaktif kerana kaedah pembelajaran yang interaktif.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: