Video Tutorial Cara Tebus E-Belia Melalui Shopeepay
6 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniAktiviti sepanjang PKP 3.0 kali ini lebih kepada Bual Bicara secara langsung (LIVE) dan video. Berikut adalah perkongsian video tutorial Cara Tebus e-Belia melalui Shopeepay. Program eBelia merupakan salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2021 dan bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan berdaftar. Program ini dijangka memanfaatkan sekitar dua (2) juta rakyat Malaysia, dengan jumlah peruntukan RM300 juta. Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai. Tempoh tuntutan kredit tersebut adalah dari 1 Jun 2021 hingga 22 Julai 2021 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai 2021.
Tujuan perkongsian video ini adalah untuk mengajar belia untuk memuatnaik aplikasi Shopee. Selain itu, membantu mereka mendapatkan baucer mengikut peruntukan yang telah diberikan mengikut langkah yang telah disertakan didalam video. Baucer sebanyak RM150 ini juga boleh ditebus dan dimasukkan kedalam akaun bank menggunakan e-wallet Shopee
Kelebihan dan kebaikan perkongsian video kali ini adalah para belia boleh menuntut e-belia mengikut langkah yang telah diajar. Ianya juga salah satu inisiatif yang boleh staff PIK Kg Taee lakukan untuk membantu komuniti ketika penutupan operasi disebakan oleh PKP.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: