Video Tutorial Cara Mengeluarkan Duit ASNB Melalui Dalam Talian (Online)
7 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPerkongsian video tutorial kali ini adalah mengenai Cara Mengeluarkan Duit ASNB Melalui Dalam Talian (Online). ASNB adalah Amanah Saham Nasional Berhad yang melakukan dan menawarkan Pelaburan dan Jualan Balik untuk orang awam. Umum mengetahui untuk mengeluarkan duit ASNB atau dalam istilah pelaburan adalah Jualan Balik perlu lah pergi ke cawangan yang berdekatan.
Tujuan video tutorial ini adalah untuk membantu orang awam mengeluarkan duit ASNB mereka melalui dalam talian tanpa perlu beratur dan membuat temu janji ke ASNB di musim PKP ini. Selain itu, membantu orang awam untuk mengeluarkan duit mereka dengan mudah mengikut langkah – langkah yang telah disediakan
Kelebihan dan kebaikan perkongsian video kali ini boleh membantu orang awam yang berkeperluan mengeluarkan duit dalam simpanan ASNB dengan mudah. Oleh kerana musim PKP ini masa yang ditetapkan untuk sesetengah cawangan beroperasi dan tempoh masa untuk berada diluar, ianya sedikit sebanyak membantu orang awam untuk menjimatkan masa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: