Belajar Bahasa Orang Tawau, Sabah
19 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniMari Belajar Belajar Bahasa Siri 1 ini merupakan inisiatif akiviti dalam talian yang menghubungkan kerjasama antara Pusat Internet Komuniti di samping penonton dapat mempelajari bahasa masyarakat majmuk di Malaysia.
Program Belajar Bahasa Edisi Orang Tawau, Sabah ini menampilkan dua orang tetamu istimewa daripada bahagian Tawau iaitu saudara Darwansyah dan saudari Riah Sahari. Selain dapat mempelajari bahasa pertuturan anak negeri di bawah bayu ini, para penonton akan didedahkan dengan Kempen Kesedaran Teknologi Maklumat & Komunikasi melalui perkongsian Klik Dengan Bijak dan kempen Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.
Antara cabaran bagi program kali ini ialah ‘Cabaran Menjadi Pengacara Majlis Perkahwinan, Majlis Makan Malam dan Majlis Sambut Menteri.
Ikuti episod 1 Belajar Bahasa Orang Tawau, Sabah di pautan berikut https://fb.watch/6kha6HIM72/ .
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: