Advokasi Pengurusan Risiko Dalam Talian
5 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPerkongsian Bual Bicara secara langsung disiarkan melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kampung Taee kali ini membawa topik Advokasi Pengurusan Risiko Dalam Talian. Risiko dalam talian tidak seperti BAHAYA di luar talian, tetapi pada dasarnya semua jenis urusan mesti mempunyai risiko sendiri. Cuma bagaimana kita menjangkakan dan mengatasi risiko yang timbul ketika menjalankan urusan di internet. Hidup ini penuh dengan risiko dan peluang. Begitu juga dengan urusan dalam talian, pasti ada risiko dan cabaran yang akan dihadapi ketika menjalankannya.
Tujuan perkongsian bual bicara kali ini adalah untuk membantu orang awam supaya lebih berwaspada dengan berkongsi maklumat penting didalam media sosial. Antara risiko dikongsikan didalam talian untuk orang awam adalah mengenai Oversharing, Maklumat Palsu dan Penipuan Kewangan Dalam Talian. Penting diingatkan antara maklumat yang tidak perlu dikongsi adalah;
- Alamat rumah
- Nombor kad pengenalan
- Nombor telefon
- Gambar-gambar intim
- Lokasi pergerakan terkini
- Maklumat-maklumat sulit/rahsia
Kelebihan dan kebaikan bual bicara kali ini adalah boleh membantu orang awam mengetahui dan memahami kepentingan menjaga maklumat peribadi. Selain itu, orang awam juga mengetahui maklumat penting yang tidak boleh diketahui oleh orang lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: