Program Bual Bicara Antara Kerjaya Dan Bakat
22 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniMengenali sisi menjadi “badut” dari kaca mata masyarakat sebagai kerjaya, bakat, seram, lawak atau keusahawanan. Program Bual Bicara secara langsung topik tersebut telah diadakan di PIK Kg Taee pada Ahad yang lalu melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kg Taee. Tetamu khas untuk program kali ini adalah Kunka The Clown yang juga seorang Pengurus Pusat Internet Komuniti Peliau Bungai di Miri, Sarawak.
Tujuan program berbentuk bual bicara ini adalah untuk berkongsi kerjaya yang dilakukan sebagai badut dan impaknya sebelum dan selepas Pandemik Covid19 yang melanda. Disebabkan Pandemik Covid19 ini, pelbagai pekerjaan masa kini dilakukan secara atas talian. Oleh itu, program ini membantu para usahawan untuk mempromosikan kerjaya yang telah mereka lakukan secara dalam talian.
Kebaikan dan kelebihan program in adalah dapat mendedahkan kerjaya seseorang yang merosot akibat Pandemik Covid19 ini untuk dipandang oleh masyarakat kelebihan – kelebihan yang ada. Selain itu, membantu para usahawan untuk menaikkan lagi pemasaran tentang perniagaan mereka melalui dalam talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: