Pendaftaran Janji Temu Di KWSP Secara Online
13 April 2021 | Aktiviti Terkini2 orang penduduk Kampung Taee telah berkunjung ke PIK Kg Taee untuk membuat janji temu di KWSP. Proses janji temu tersebut haruslah melalui dalam talian (online). Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah antara tabung simpanan persaraan tertua dan yang terbesar di dunia yang ditubuhkan pada 1951. KWSP membantu tenaga kerja Malaysia menabung untuk persaraan mereka selaras dengan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.
Staff PIK Kg Taee membantu untuk mengisi butiran janji temu tersebut secara dalam talian dan hanya boleh ke cawangan KWSP mengikut tarikh yang ditetapkan sahaja. Prosedur sebegini boleh membantu untuk mengurangkan kesesakan di KWSP dan membolehkan urusan ahli KWSP yang hadir untuk diselesaikan dengan segera.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: