Kelas Asas Menaip Kanak – Kanak
13 April 2021 | Aktiviti TerkiniKelas Asas Menaip untuk Kanak – Kanak telah diadakan pada 12 April 2021 di PIK Kg Taee pada pukul 10 pagi selama satu jam. Kelas ini diadakan secara dalam langsung melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kg Taee. Kelas tersebut diikuti seramai 10 orang peserta.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar para peserta perkakasan komputer dan perisian nya secara dalam talian. Kelas ini boleh membantu para peserta yang terdiri daripada pelajar, ibu bapa atau guru untuk mengenali dan mengetahui asas untuk menaip. Umumnya mengetahui sekarang kita masih melalui fasa pemulihan Covid-19 dan proses pembelajaran adalah melalui dalam talian. Oleh itu, penggunaan komputer dan asasnya haruslah dipelajari dahulu.
Kelebihan dan kebaikan kelas ini boleh membantu para peserta mempelajari perkara asas untuk menaip. Pembelajaran yang interaktif ini diharapkan boleh memberi manfaat kepada para peserta dan boleh mengaplikasikan ilmu ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: