Program SISWA Lestari Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia Secara Dalam Talian
18 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniSeorang pelajar dari Kampung Jenan, Serian telah membuat janji temu ke PIK Kg Taee untuk mengikuti Program Siswa Lestari Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia secara dalam talian. Program tersebut adalah untuk pelajar yang akan memasuki Universiti Sains Malaysia dan didedahkan dengan program – program yang diadakan. PIK Kg Taee menyediakan fasiliti untuk pelajar mengikuti program tersebut secara dalam talian seperti tempat di dalam bilik latihan dan wifi internet yang percuma. Kelebihan ini khas untuk ahli yang telah berdaftar dengan PIK Kg Taee.
Perkhidmatan yang disediakan di PIK Kg Taee adalah capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar, kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian,pencetak, program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan pembantu pengurus.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: