PIK Kg Taee Bimbing Pengemaskinian BPR 2021
21 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniSeorang pengguna telah hadir ke Pusat Internet Komuniti (PIK) untuk memohon bimbingan pengemaskinian maklumat untuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021.Bantuan Prihatin Rakyat merupakan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan pada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban mereka akibat pandemic Covid19. Setiap rakyat yang memohon dikehendaki untuk menyemak maklumat yang telah diisi dan mengemaskini maklumat yang bertukar seperti nombor telefon bimbit, nama pasangan, nama anak ataupun nama/akaun bank.
Selain dari bimbingan Pengemaskinian Maklumat BPR 2021, PIK Taee juga menawarkan Bengkel atau Kursus Penulisan Resume, Pengemaskinian Maklumat Pelajar Pra-Sekolah dan Pelajar Tahun 1, i-Sinar (KWSP) dan sebagainya yang melibatkan pengisian maklumat secara dalam talian. BPR 2021 dilanjutkan sehingga 25 Februari 2021 untuk tujuan pengemaskinian.
Buat masa ini, segala aktiviti di dalam PIK Kg Taee dihadkan berikutan pandemik Covid-19. Sekiranya ada antara pengguna yang ingin membuat permohonan pengisian maklumat melalui dalam talian, sila buat temujanji awal dengan menghubungi staff PIK Taee melalui Messenger Page Facebook atau melalui website http://kgtaee.pimaxis.my/.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: