PIK Kg Taee Bimbing Penulisan Resume Pengguna
19 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniSeorang suri rumah yang juga ahli PIK Kg Taee iaitu Puan Nasiha telah berkunjung ke PIK Kg Taee untuk belajar membuat penulisan resume mengikut format yang betul. Resume ialah ringkasan dokumen yang mempunyai maklumat tentang pengalaman profesional dan kelayakan seseorang dalam format yang sangat ringkas. Resume digunakan untuk menghantar butiran peribadi untuk memohon pekerjaan.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu pengguna membuat resume secara praktikal. Selain itu, membantu mereka membuat resume mengikut format yang rasmi dan mengenalpasti beberapa jenis resume yang telah dipelbagaikan masa ini. PIK Taee juga menawarkan bengkel atau kursus penulisan resume secara dalam talian dan juga kelas perseorangan.
Kelebihan dan kebaikan kelas ini adalah boleh membantu pengguna untuk membuat resume yang betul dari segi penulisan, penggunaan ayat dan format ayat. Segala aktiviti di dalam PIK Kg Taee dihadkan berikutan pandemik Covid-19 buat masa ini. Sekiranya ada antara pengguna yang ingin belajar membuat resume, sila buat temujanji awal dengan menghubungi staff PIK Kg Taee melalui Messenger Page Facebook atau melalui website http://kgtaee.pimaxis.my/.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: