Advokasi Mobile E-Waste / E-Sisa Kolaborasi Bersama PIK Telaga Air, PIK Taman Sepakat Jaya & PIK Pasir Pandak
12 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniAdvokasi Mobile e-Waste / e-Sisa telah diadakan secara dalam talian kolaborasi bersama tiga Pusat Internet Komuniti Kg Taee iaitu PIK Telaga Air, PIK Taman Sepakat Jaya dan PIK Pasir Pandak. e-Sisa adalah terma yang digunakan merangkumi semua jenis peralatan elektrik dan elektronik (EEE) dan bahagian-bahagiannya yang telah dibuang oleh pemilik sebagai bahan lupus tanpa niat untuk digunakan semula. e-Sisa adalah salah satu jenis sisa yang meningkat paling tinggi di negara maju dan membangun. Jumlah e-Sisa di Asia telah meningkat hampir ke 63% dalam tempoh 5 tahun. Malaysia menghasilkan 243 tan e-Sisa pada tahun 2015 sahaja dan jumlah e-Sisa yang kita hasilkan telah bertambah sehingga 39.7% dari tahun 2010 hingga 2015. Seramai 7 orang yang mengikuti siaran pada hari tersebut.
Tujuan Advokasi ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada komuniti tentang fungsi Mobile e-Waste. Selain itu, menyebarkan kepentingan e-Waste ini supaya orang awam dan komuniti mengetahui barangan yang perlu dilupuskan secara berhemah. Tujuan yang lain adalah menggalakkan komuniti untuk membuang sisa elektronik mereka di Pusat Internet Komuniti yang berdekatan.
Kelebihan dan kebaikan Advokasi kali ini adalah komuniti mendapat pendedahan tentang Mobile e-Waste lebih menyeluruh. Selain itu, membantu mengurangkan pembuangan sisa elektronik di merata tempat. Kelebihan Advokasi kali ini memberi penerangan tentang kepentingan Mobile e-Waste.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: