Advokasi Oversharing/Maklumat Palsu
18 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniOversharing ataupun dalam Bahasa Malaysia adalah perkongsian berlebihan atau pendedahan sejumlah perincian yang tidak tepat mengenai kehidupan peribadi seseorang atau isu semasa. Oversharing/maklumat palsu masa kini sering disebarkan melalui internet dan seringkali orang awam mendapat maklumat yang salah. Advokasi secara dalam talian ini diadakan melalui platform media sosial Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kg Taee. Seramai 5 orang yang mengikuti siaran ini.
Tujuan advokasi ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran (awareness) kepada orang ramai mengenai Maklumat Palsu. Selain itu, mendedahkan kepada orang ramai kaedah dan ciri – ciri maklumat palsu yang sering disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Advokasi kali ini juga membantu orang ramai cara untuk mengetahui kesahihan maklumat yang diterima adalah melalui laman web https://sebenarnya.my/. Laman web ini menyiarkan kesahihan berita yang tular di laman media sosial.
Kelebihan dan kebaikan advokasi ini adalah membantu orang ramai untuk mengenalpasti berita palsu dan mengelakkan orang ramai daripada menyebarkan sesuatu berita/maklumat tanpa memastikan kesahihannya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: