Video Ringkas Pendaftaran & Semakan I-Citra KWSP
5 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniBerikut adalah sedikit perkongsian video ringkas mengenai cara untuk membuat pendaftaran dan semakan I-Citra KWSP. I-Citra adalah pengeluaran duit simpanan ahli KWSP sebanyak RM5000. Setiap ahli KWSP yang terjejas pendapatan di musim Pandemik Covid19 ini dibenarkan untuk membuat pengeluaran.
Tujuan video ini dihasilkan adalah untuk membantu ahli – ahli KSWP yang terjejas pendapatan bagi mendapatkan peluang mengeluarkan duit simpanan mereka. Disebabkan musim PKP ini, Pusat Internet Komuniti Kg Taee tidak beroperasi dan diharapkan perkongsian video ini boleh memberi penerangan yang ringkas dan jelas untuk komuniti. Selain itu, maklumat yang dikongsikan melalui video ini juga boleh disebarkan ke orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai I-Citra.
Kelebihan dan kebaikan perkongsian video kali ini adalah orang ramai boleh mendapat info yang lengkap dan boleh dikongsikan juga dengan orang lain. Semoga perkongsian video ini bermanfaat dan boleh membantu komuniti menguruskan pengeluaran I-Citra mereka dengan mudah. Perkongsian video ini juga turut dikongsikan di akaun Youtube Pusat Internet Komuniti Kg Taee.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: