Video Ringkas Cara Memohon Moratorium Selama 6 Bulan
5 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniBerikut adalah perkongsian video ringkas mengenai Cara untuk Memohon Moratorium Selama 6 Bulan. Moratorium adalah penangguhan pembayaran yang dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia untuk peminjam – peminjam bank di Malaysia. Tujuan penangguhan ini adalah untuk membantu rakyat yang terjejas pendapatan dan mengurankan beban mereka untuk membayar hutan buat sementara waktu.
Tujuan perkongsian video ini adalah untuk memberi maklumat mengenai definisi Moratorium dan kegunaannya. Selain itu, membantu orang ramai untuk memohon sendiri Moratorium mengikut langkah – langkah yang telah dikongsikan di dalam video.
Kelebihan dan kebaikan perkongsian video kali ini adalah orang ramai yang juga peminjam bank boleh mengetahui sedikit sebanyak info mengenai Moratorium dan memahami kelebihan yang diberikan oleh pihak kerajaan. Semoga perkongsian video ini bermanfaat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: