Kelas Microsoft Word (Membuat Page Color & Border)
19 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Kampung Taee telah mengadakan Kelas Microsoft Word Membuat Page Color & Border pada Sabtu yang lalu. Kelas tersebut dihadiri oleh 5 orang pelajar sahaja mengikut SOP yang ditetapkan disebabkan oleh Pandemik Covid19. Kelas ini juga bersiaran secara langsung di Facebook Page Pusat Internet Kampung Taee supaya pembelajaran boleh dikongsi bersama. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar membuat warna dalam page Microsoft Word dan juga border.
Kelas ini membantu pelajar untuk meneroka kelebihan dan kegunaan perisian Microsoft Word untuk memudahkan mereka mengetahui perkara asas yang ada. Kelebihan dan kebaikan kelas ini adalah membantu pelajar untuk belajar perkara baru dan kegunaan membuat page color dan border untuk masa akan datang. Pelbagai perkongsian telah dilakukan semasa kelas ini diadakan. Pusat Internet Kampung Taee akan sentiasa menawarkan pelbagai perkongsian ilmu mengenai ICT untuk ahli berdaftar dan orang awam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: