Kelas Microsoft Word (Membuat Graf & Page Border)
12 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniPada sabtu yang lepas telah diadakan Kelas Microsoft Word yang mengajar cara membuat graf dan page border. Kelas ini ada dua sesi iaitu pagi dan petang. Umum mengetahui pada masa ini negara kita telah dilanda Wabak Virus Koronavirus 19 dan ada beberapa SOP yang perlu dipatuhi termasuklah jumlah pengunjung yang datang dihadkan. Pusat Internet Kampung Taee mengambil inisiatif membuat sesi live di Facebook Page Pusat Internet Kampung Taee semenjak dari mula kelas dijalankan selepas pusat dibuka semula kepada orang awam. Inisiatif ini untuk memberi peluang kepada komuniti yang tidak dapat hadir bersama ketika kelas diadakan.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar membuat graf dan page yang betul semasa menggunakan perisian Microsoft Word. Selain itu, membantu pelajar mengenalpasti beberapa kaedah yang lain seperti menambah page border untuk graf. Kebaikan dan kelebihan kelas ini adalah membuka peluang untuk komuniti belajar perkara baru dan menambah pengetahuan mereka dengan pembelajaran ICT. Selain itu, memberi peluang untuk komuniti yang tidak dapat hadir ke kelas untuk sama – sama mengetahui pembelajaran yang diadakan dengan mengikuti sesi live yang telah disediakan. Oleh itu, orang awam akan mendapat ilmu yang sama dengan pelajar yang hadir ke kelas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: