Kelas Microsoft Word (Membuat Carta & Memuat Imej)
11 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniPada Jumaat yang lalu telah diadakan Kelas Microsoft Word yang mengajar pelajar membuat carta dan memuat imej. Seiring dengan saranan Kerajaan dengan kekal selamat, Pusat Internet Kampung Taee mengambil langkah berjaga – jaga dengan mengamalkan SOP semasa mengajar. Hanya 5 orang pelajar yang dibenarkan untuk menyertai setiap sesi kelas yang diadakan.
Setiap perisian Microsoft Office mempunyai cara yang pelbagai untuk membuat carta. Tujuan kelas kali ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar cara untuk membuat carta di dalam Microsoft Word. Carta digunakan untuk mengenalpasti jumlah dan kedudukan sesuatu data yang dimasukkan. Selain itu, kelas ini juga mengajar pelajar cara untuk memuat imej di dalam Microsoft Word. Kebaikan dan kelebihan kelas ini adalah pelajar mendapat ilmu tentang perisian Microsft Word secara percuma di Pusat Internet Kampung Taee. Pelajar boleh mengenalpasti dan mengetahui cara yang betul menggunakan peralatan komputer dan perisian yang ada.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: