Kelas Microsoft Word (Watermark & Word Art)
18 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniTelah diadakan Kelas Membuat Watermark & Word Art menggunakan Microsoft Word pada Jumaat yang lalu di Pusat Internet Kampung Taee. Kelas ini mengajar pelajar menggunakan watermark untuk tujuan menjadiakan sesuatu dokumen tersebut hak milik mereka. Pelbagai ilmu pengetahuan yang diperolehi semasa mengikuti kelas ini. Kelas ini hanya dihadiri oleh 5 orang pelajar dan masih mengikuti SOP yang ditetapkan. Kelas ini juga dilakukan secara live di Facebook khas untuk tontonan orang awam yang tidak dapat menyertai kelas ini.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar cara untuk memasukkan watermark didalam setiap hasil karya yang dilakukan oleh mereka. Watermark diperlukan supaya ianya dapat menjamin hak milik seseorang. Selain itu, membantu pelajar supaya mengenalpasti kepelbagaian yang ada didalam perisian Microsoft Word. Kelebihan dan kebaikan yang diperolehi semasa mengikuti kelas ini adalah pelajar mendapat pengetahuan membuat watermark sendiri supaya setiap dokumen atau karya mereka tidak boleh diambil oleh orang lain atau diguna pakai secara tidak sah. Selain itu, kelas ini yang juga bersiaran secara live di Facebook membawa orang awam untuk bersama – sama sekali menuntut ilmu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: