Kursus Keusahawanan Mi Kuning & Kueh Tiaw
24 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniUntuk kali kedua Kursus Keusahawanan Mi Kuning & Kueh Tiaw diadakan di Pusat Internet Kampung Taee setelah mendapat sambutan pada tahun lalu. Tenaga pengajar ialah Puan Prisca Agin mengajar kursus kali ini. Beliau berkecimpung dalam bidang pastri sejak dari beberapa tahun lalu dan salah seorang ahli berjawatan tinggi di Amanah Ikhtiar Sarawak bahagian Serian. Fungsi Pusat Internet Kampung Taee yang boleh dikaitkan dengan keusahawanan ialah mengajar para peserta yang akan menjadi usahawan tentang produk yang akan dipasarkan, cara untuk membuat promosi perniagaan termasuklah membuat akaun blogspot, website dan page facebook. Semua cara tersebut akan diajar di Pusat Internet Kampung Taee.
Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada semua orang yang ingin usahawan. Selain itu, tenaga pengajar boleh mempromosikan bidang yang mereka ceburi ini secara meluas dalam talian. Melalui kursus ini boleh menjadikan Pusat Internet Kampung Taee sebagai satu platform untuk peserta menjadi usahawan dalam talian. Kebaikan dan kelebihan yang boleh diperolehi melalui kursus ini adalah peserta boleh belajar tentang sesuatu yang mereka minati dan menjadikan minat tersebut sebagai sumber pendapatan. Pusat Internet Kampung Taee akan membantu para peserta yang ingin menjadi usahawan dalam talian dengan mengajar mereka perkara asas tentang ICT. Seterusnya ke media massa untuk mereka mempromosikan hasil produk mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: