Kelas ICT (Membuat Jadual Waktu)
12 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniTelah diadakan Kelas ICT untuk membuat jadual waktu bersama pelajar – pelajar yang berdaftar di Pusat Internet Kampung Taee. kelas ini mengajar para pelajar membuat jadual kelas menngunakan Microsoft Words. Kelas ICT ini disertai oleh 11 orang pelajar dari sekolah rendah dan menengah. Tujuan kelas ini adalah untuk mengajar para pelajar supaya celik menggunakan komputer dan perisian asas seperti Microsoft words. Selain itu, melatih pelajar supaya terengkas menaip menggunakan papan kekunci komputer.
Kelas ini mengajar pelajar menggunakan Microsoft Office Words dengan lebih maju apabila mereka diajar membuat jadual waktu. Ini boleh mendidik mereka supaya bijak mengendalikan masa dengan adanya jadual waktu sendiri. Kebaikan dan kelebihan kelas ini adalah para pelajar boleh melatih kemahiran mereka dengan komputer. Selain itu para pelajar boleh belajar secara interaktif. Pelejar boleh mendapat pelbagai manfaat belajar di Pusat Internet Kampung Taee.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: