Kursus Train of Trainer Stream Yard Live Streaming Studio Anjuran Pusat Internet Kampung Taee, Sarawak (Pen. Pengurus Central, Kelantan Kedah dan Digi
17 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Kampung Taee telah dipilih untuk menjadi trainer untuk Kursus Stream Yard Live Streaming Studio untuk kesemua Pusat Internet seluruh Malaysia yang terlibat dibawah pengurusan Nera Malaysia (Malaysia) Sdn Bhd. Kursus ini akan dijalankan secara berperingkat iaitu pada sabtu dan ahad untuk sepanjang bulan ini. Pengurus dan Penolong Pengurus akan mendapat modul yang sama mengikut ketetapan tarikh kursus ini dijalankan. Trainer untuk kursus ini dikendalikan sepenunya oleh Cik Ramlah binti Osman (Pengurus Pusat Internet Kampung Taee) dan dibantu oleh Puan Siti Aisah binti Mohd. Faizal (Penolong Pengurus Pusat Internet Kampung Taee).
Untuk minggu yang kedua, seramai 41 orang Penolong Pengurus dari Pusat Internet Central, Kelantan, Kedah dan Digi yang menyertai kursus Stream Yard ini. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada kesemua staff di Pusat Internet tentang alternative pengendalian kelas atau program dalam talian menggunakan aplikasi percuma iaitu Stream Yard Live Streaming Studio. Umum mengetahui di musim Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) disebabkan oleh Pandemik Covid19 ini membataskan pergerakan sosial. Selain itu, membantu meningkatkan pembelajaran atau perkongsian yang diadakan di Pusat Internet untuk komuniti melalui medium ini.
Kelebihan dan kebaikan kursus ini boleh menjadi kaedah dan alternative terbaik untuk mengajar dan berhubung dengan pengguna/usahawan. Selain itu, membantu kesemua Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet seluruh Malaysia untuk mendapat perkongsian ilmu tentang modul ini. Seterusnya pula, boleh didedahkan kepada orang awam tentang penggunaan modul Live Streaming yang telah dikongsi bersama ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: