Kuiz Kahoot Microsoft Word & Latihan
26 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniKelas Microsoft Word diadakan secara bersiri selama 3 minggu berturut – turut dan minggu terakhir latihan telah diberikan kepada pelajar melalui Kuiz Kahoot untuk mengetahui pemahaman pelajar yang mengikuti kelas bulan ini. Seramai 5 orang pelajar dihadkan untuk setiap sesi kelas yang diadakan. Kelas yang diadakan juga boleh dilayari secara langsung dalam facebook page Pusat Internet Kampung Taee.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menguji pemahaman pelajar yang telah hadir ke kelas tentang pembelajaran yang telah dikongsi selama kelas diadakan. Dengan adanya latihan diberikan, kami boleh memantau kelebihan dan kemahiran yang boleh dipelajari oleh pelajar. Selain itu, mendedahkan kepada pelajar pembelajaran secara interaktif iatu Kahoot yang menjawab kuiz secara dalam talian.
Kelebihan dan kebaikan kelas ini adalah pelajar boleh memanfaatkan kesemua pembelajaran ICT yang digunakan secara pelbagai. Selain itu, kelas ini adalah percuma untuk pelajar yang telah mendaftar di Pusat Internet Kampung Taee. Pelajar mendapat tempat belajar yang selesa dan Pusat Internet Kampung Taee menekankan SOP yang berkaitan dengan penjarakan dan kebersihan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: